Monday, March 16, 2009

| I Miss her!






tak sabar nk balik kg!!

Thursday, March 12, 2009

| Budak-budak Zaman Sekarang



KOTA BHARU, 12 Mac (Hrkh) - Pelajar Maahad Muhammadi Perempuan, Nik Normadiha Nik Mohamad Kamal, 18 mendapat 20A (19A1, 1A2) dipercayai pelajar terbaik SPM 2008 peringkat kebangsaan.

Anak nelayan dari Kampunug Sabak, Pengkalan Chepa menerima slip keputusan tersebut daripada anggota Exco kerajaan negeri, Ustaz Mohd Amar Abdullah di sekolah tersebut hari ini.

p/s: pandainya...

(sebarkan demi kemanusiaan) Sekiranya anda menemui anak gadis kecil berusia 4 tahun ini, sila hubungi ibunya Madam Chai : 0167785008.

Sila sebarkan sebagai amal kebajikan. Bantulah sesama kita tanpa mengira apa juang bangsa. Hayatilah semangat bantu-membantu sempena Maulidur Rasul 1430. Anda juga boleh menghubungi saya:

Alfurqan148203@yahoo.com

atau di shoutbox blog saya : http://najhie.blogspot.com/

atau di blog saudara Helmi : http://assyathori.blogspot.com/

p/s: zaman skrunk ni mmg da tk selamat gi utk kanak2 berkeliaran..

Sunday, March 8, 2009

| Pengertian Maulidur Rasul



Maulidur Rasul yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 merupakan hari keputeraan Nabi Muhammmad SAW. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah SWT. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari tersebut, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Tema sambutan Maulidur Rasul pd 1430H/2009 ialah Wahdah Pemangkin Khaira Ummah yg mn akan disambut pd 9 Mac 2009

Wednesday, March 4, 2009

| Bapa Termuda di Dunia




Bapa termuda dalam dunia ialah pelajar British yang menjadi bapa semasa berumur 13 tahun setelah hubungan beliau dengan awek dia yang berumur 15 tahun. Budak-budak zaman sekarang. Baru akil baligh dah pandai tapi apa nak dihairankan kerana orang-orang Barat ni memang open minded dan tidak kenal halal haram. Remaja di Malaysia ni pun apa kurangnya.

Lanjut di STRANGES WORLD

Monday, March 2, 2009

| Sensitip dgn "ALLAH" ttp tk Pulak Ikod Ajaran Allah



korang pasan dak seminggu dua ni heboh psl keputusan mahkamah ttg penggunaaan "ALLAH" dlm akhbar mingguan Herald Cantholic. mahkamah putuskan "ALLAH" boleh digunakan dlm akhbar berkenaan ttp selang sari klau tk slh, Syed Hamid ckp die nk tarik blk keputusan tuh sbb bg die tk boley digunakan. pastu selang sehari dua plak. bks mufti Perlis, Dr Asri menyatakan boleh digunakan perkataan "ALLAH" dlm kristian berdasarkan firman Allah.

Firman Allah: (maksudnya) “Dan Demi sesungguhnya! jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: “Siapakah yang menciptakan mereka?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah!”. (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan? Dan (Dia lah Tuhan Yang mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman!” (Surah al-Zukhruf ayat 87-88).

then si wartawan utusan plak, pgi la mtak pendapat TG Nik Aziz ttg isu ini, n katanya tk salah...tp wartawan ni silap tafsir lak. Setiausaha Politik Menteri Besar terpaksa lak wat pembetulan ttg kenyataan TG Nik Aziz kpd utusan.

korang rs mcmana dgn kes ni?aku tkmo komen pe2 la sbb tk arif sgt....

tp biler kes ni terjadik, teringkat lak dgn kes terbaru buli pelajar di Mukah. bg aku klau kite lupa dgn suruhan Allah, mcm2 la lh jd...nape lh jd mcmni?makin menjadik2 plak...

JANGAN LUPA AJARAN ALLAH..

---------------------------------------> selingan

ader berita pns lak mlm ni... 1 2 3 4


Sunday, March 1, 2009

| Politikus




Perak makin berantakan boleh aku ckp skrunk ni. pas 1, 1 masalah timbul di sana. aku tk suka ulas sgt hal2 mcmni, tp aku tertarik sgt dgn latest news dr Perak yg mn TPM ulas psl sidang DUN Perak. bak kata Pak Najib sidang tersebut tidak boleh buat selagi mahkamah belum wat keputusan tentang status 3 ADUN yg sedang dibicarakan. tp aku rs Pak Najib ni da nyanyuk kot, or termkn byk sgt semut ms bdk2 dlu spai terlupa yg die 'halalkan' kerajaan haram Perak yg ader skrunk ni melalui tindakan beli ADUN PR. bak kata pepatah: "Melayu mudah lupa", begitu la jugak dgn Pak Najib. huhuhu sedey aku ader org yg akal pendek mcmni. mcmana org mcmni lh jd pemimpin ya?

tp da latest latest latest news dr cna, Setiausaha Dewan Negeri Perak, Abdullah Antong Sabri kata notis panggil sidang DUN tk sah la plak?btoi ke encik?mls la nk ulas, lu pk la sendiri

Najib oh Najib!



apa2 pun aku nk rileks, tenangkan pkran kt PENANG...chooowwww

Tuesday, February 24, 2009

| "Effective Learning" Camp (20-22Feb)




huh da lama rsnya aku tk update blog ni. kebelakangan ini, fikiran bercelaru, midterm exam la & yg paling lastest aku pgi kem kt Tiram Indah Village, Ulu Tiram, Kulai, Johor selama 3H 2M pd 20 Feb lps. Cite nyer...

aku bertolak dr kolej ke kampus lam pkl 3, naek bas uni jerk...3 org je dr Bunga Raya, hampeh tul maknanya 3 org je dr FTMK. lam pkl 4 lebey br bertolak dr CUBIC. lam pkl 8 lebey kami sampai kt tempat yg dituju.

selama 3h 2m kt sana mcm2 la aktiviti diadakan, ceramah, LDK, jungle tracking, sukaneka & beriadah. part paling aku suka kt cni, jungle tracking & sukaneka. ms sukaneka tuh aku jd pelopor membuli fasi pd akhirnya.

lam pkl 2.30 kami bertolak pulang, dgn hujan yg renyai2 di Tiram Indah ttp lebat di sepanjang perjalan. sepanjang di sana, aku dpt ramai kwn, pengalaman br & juga keseronokan.