Tuesday, March 17, 2009

| Hari Selasa - 17 Mac 2009



ari Selasa seperti biasa kls aku akn start pkl 9am dgn kls RPD, then sepatutnya PKK pasni tp batal lak kls arini(padahal aku tau smlm gi dr Baz)...then seperti aku rancangkan spt smlm, aku nk p klinik Uni, nk wat check psl simptom2 yg aku ader selama ni.

alip teman aku ke klinik, dgn 1st time nye kami masuk ke klinik uni...aku amek matrix card aku then trus letak kt kaunter...pd ms tue ader la sorang student tgh tunggu utk amek ubat. "R%&Z*^ $HS%@", akak kt kaunter panggil aku. " Awak ni student Diploma ke Degree?", aku tu bertanya kt aku..."Sy Degree", jwb aku ringkas...pastu akak tuh sambung gi, "Maklumat awak tkda lam sistem nih, so awk terpaksa isi borang manual la erk". (Celaka punyer Uni!)

lam 1omin menunggu, akak td panggil lg nama aku utk masuk ke bilik doc. bukak pintu ak terus duduk kt kerusi tepi meja doc. "Awak ade pe mslh?", doc india tuh tny aku...(klau aku ni doc, watpe aku nk p klinik gi...ader ke tny ade pe mslh, awk kn doc sepattnya awk lebey arif...hahaha). Aku pun dgn muka penuh konpiden, cite la pjg lebar ttg apa mslh aku selama ni..

doc pun suh aku baring, aku lam hati aku berdebar2 & tertanya2 apa doc tuh nk wat, kemudian doc suh aku bkk baju, lagik la aku cuak..then doc ni psg wayar kt bdn aku...dada, kaki & tgn..pastu srok srek kuar kertas dr mesin sesudah doc on...rupanya ECG!tau aper ECG?

sesudah tu aku pun bgn then dok kembali kt kerusi sebelah meja doc, aku pun tgk dgn kusyuk doc menulis something kt paper, pastu doc ckp, "awak jgn risau, awak tkda apa2". mcm tau2 ja aku cuak & risau hahaha.. paling aku tk sedap ati bila doc ckp yg aku kn transfer ke Poliklinik Ayer Keroh.

Aku pun drive la ke Poliklinik, ms tue Baz & Zetty teman aku..spai kt sana, aku terus ke kaunter pendaftaran dgn terkial2 tatau nk buat ape & letak mn report yg doc Uni bg kt aku sblm aku blk td. Spai giliran aku masuk ke bilik doc (kebetulan org tk ramai) n trus aku duduk kt kerusi...(korang tau la kan mcmna bilik doc).. aku lihat doc tgh bc report yg aku bwk td....pastu mcm2 la die tny kt aku, then doc ckp kt aku, "awak ni kena TIROD"...hah apa tirod?sepantas kilat aku tny doc apa itu tirod..doc ckp klau tatau tkpa..then die suh aku dongak, die tgk leher aku, rupanya aku punyer leher ader perubahan...

then aku keluar dr bilik doc utk di amek darah, adoyaiii aku takot jarumm...kuar je dr bilik darah, aku ke bhgian farmasi utk amek ubat utk kurangkan kelajuan degupan jantung aku yg terlebih laju..

blk je dr Poliklinik tersebut, aku bwk bas ke bank...ketika aku tgh menunggu, tetiba je kete aku mati & tk boleh hidupkan lg..adoiyaii lg mslh dgn kete ni, aku pun call mekanik then derang pun tow...

p/s: skema je aku ni, mcm wat karangan lak

Monday, March 16, 2009

| I Miss her!






tak sabar nk balik kg!!

Thursday, March 12, 2009

| Budak-budak Zaman Sekarang



KOTA BHARU, 12 Mac (Hrkh) - Pelajar Maahad Muhammadi Perempuan, Nik Normadiha Nik Mohamad Kamal, 18 mendapat 20A (19A1, 1A2) dipercayai pelajar terbaik SPM 2008 peringkat kebangsaan.

Anak nelayan dari Kampunug Sabak, Pengkalan Chepa menerima slip keputusan tersebut daripada anggota Exco kerajaan negeri, Ustaz Mohd Amar Abdullah di sekolah tersebut hari ini.

p/s: pandainya...

(sebarkan demi kemanusiaan) Sekiranya anda menemui anak gadis kecil berusia 4 tahun ini, sila hubungi ibunya Madam Chai : 0167785008.

Sila sebarkan sebagai amal kebajikan. Bantulah sesama kita tanpa mengira apa juang bangsa. Hayatilah semangat bantu-membantu sempena Maulidur Rasul 1430. Anda juga boleh menghubungi saya:

Alfurqan148203@yahoo.com

atau di shoutbox blog saya : http://najhie.blogspot.com/

atau di blog saudara Helmi : http://assyathori.blogspot.com/

p/s: zaman skrunk ni mmg da tk selamat gi utk kanak2 berkeliaran..

Sunday, March 8, 2009

| Pengertian Maulidur Rasul



Maulidur Rasul yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 merupakan hari keputeraan Nabi Muhammmad SAW. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah SWT. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari tersebut, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Tema sambutan Maulidur Rasul pd 1430H/2009 ialah Wahdah Pemangkin Khaira Ummah yg mn akan disambut pd 9 Mac 2009

Wednesday, March 4, 2009

| Bapa Termuda di Dunia




Bapa termuda dalam dunia ialah pelajar British yang menjadi bapa semasa berumur 13 tahun setelah hubungan beliau dengan awek dia yang berumur 15 tahun. Budak-budak zaman sekarang. Baru akil baligh dah pandai tapi apa nak dihairankan kerana orang-orang Barat ni memang open minded dan tidak kenal halal haram. Remaja di Malaysia ni pun apa kurangnya.

Lanjut di STRANGES WORLD

Monday, March 2, 2009

| Sensitip dgn "ALLAH" ttp tk Pulak Ikod Ajaran Allah



korang pasan dak seminggu dua ni heboh psl keputusan mahkamah ttg penggunaaan "ALLAH" dlm akhbar mingguan Herald Cantholic. mahkamah putuskan "ALLAH" boleh digunakan dlm akhbar berkenaan ttp selang sari klau tk slh, Syed Hamid ckp die nk tarik blk keputusan tuh sbb bg die tk boley digunakan. pastu selang sehari dua plak. bks mufti Perlis, Dr Asri menyatakan boleh digunakan perkataan "ALLAH" dlm kristian berdasarkan firman Allah.

Firman Allah: (maksudnya) “Dan Demi sesungguhnya! jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: “Siapakah yang menciptakan mereka?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah!”. (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan? Dan (Dia lah Tuhan Yang mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman!” (Surah al-Zukhruf ayat 87-88).

then si wartawan utusan plak, pgi la mtak pendapat TG Nik Aziz ttg isu ini, n katanya tk salah...tp wartawan ni silap tafsir lak. Setiausaha Politik Menteri Besar terpaksa lak wat pembetulan ttg kenyataan TG Nik Aziz kpd utusan.

korang rs mcmana dgn kes ni?aku tkmo komen pe2 la sbb tk arif sgt....

tp biler kes ni terjadik, teringkat lak dgn kes terbaru buli pelajar di Mukah. bg aku klau kite lupa dgn suruhan Allah, mcm2 la lh jd...nape lh jd mcmni?makin menjadik2 plak...

JANGAN LUPA AJARAN ALLAH..

---------------------------------------> selingan

ader berita pns lak mlm ni... 1 2 3 4


Sunday, March 1, 2009

| Politikus




Perak makin berantakan boleh aku ckp skrunk ni. pas 1, 1 masalah timbul di sana. aku tk suka ulas sgt hal2 mcmni, tp aku tertarik sgt dgn latest news dr Perak yg mn TPM ulas psl sidang DUN Perak. bak kata Pak Najib sidang tersebut tidak boleh buat selagi mahkamah belum wat keputusan tentang status 3 ADUN yg sedang dibicarakan. tp aku rs Pak Najib ni da nyanyuk kot, or termkn byk sgt semut ms bdk2 dlu spai terlupa yg die 'halalkan' kerajaan haram Perak yg ader skrunk ni melalui tindakan beli ADUN PR. bak kata pepatah: "Melayu mudah lupa", begitu la jugak dgn Pak Najib. huhuhu sedey aku ader org yg akal pendek mcmni. mcmana org mcmni lh jd pemimpin ya?

tp da latest latest latest news dr cna, Setiausaha Dewan Negeri Perak, Abdullah Antong Sabri kata notis panggil sidang DUN tk sah la plak?btoi ke encik?mls la nk ulas, lu pk la sendiri

Najib oh Najib!



apa2 pun aku nk rileks, tenangkan pkran kt PENANG...chooowwww