Thursday, January 1, 2009

| Selamat Tahun Baru 1430H & 2009M




tup tap tup tap 1429/2008 sudah pun melabuhkan tirainya dgn meninggalkan pelbagai kenangan pahit & manis terutamanya dalam idop aku. kini 1430/2009 datang dgn bwk lembaran baru yg harus ku corakkan samada dgn rela atau terpaksa...masa ttp bergerak & berubah tanpa menunggu aku....MASA ITU EMAS.

1429/2008 byk meninggalkan kenangan pahit & manis kpd aku....di awal 2008 aku menjejakkan kaki ke Hatyai buat pertama kali bersama kengkawan. di sana dapatlah aku mengenali sedikit sebanyak cara idop org Siam....

Jan 2008 aku akhirnya dpt menggenggam Diploma aku setelah dpt menghadiri Majlis Konvokesyen di Wisma MCA, Jalan Ampang, KL.

2008 juga mencatat sedikit kegembiraan buat Ayah aku krn akhirnya dpt jugak memiliki kete baru, Saga BLM. aku teman ayahku ke Kuantan utk membawa blk kete baru ke Tanah Merah.

29 Jun 2008 mencatatkan sejarah di dlm idop aku di mn aku mendaftarkan diri sbg Mahasiswa di UTeM pd tarikh tersebut. setelah sekian lama aku menunggu peluang utk sambung Ijazah, akhirnya aku ditawarkan dgn Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian). dgn ati sungguh teruja aku ditemani oleh kedua org tua aku bersama dgn akak2 aku sekeluarga...Masa depan aku akan bertitik tolak dr cni, semoga aku berjaya ke ahirnya.

Aidilfitri 2008 mengurangkan sedikit kegembiraan di dlm family aku di kala mak aku diserang sakit yg tk diketahui punca sehari sblm aidilfitri menjelma. sehingga Aidiladha mak aku masih diserang penyakit misteri tersebut. menurut bomoh mak aku dipercayai terkena buatan ahli keluarga sendiri. ssh utk percaya di kala mak aku ceritakan sendiri kpd aku...siapa erk yg dengki dgn mak aku?

2008 juga mencatatkan pemergian Pok Nik, Pok Muda & Mek Aji ke Mekah menunaikan Haji. Semoga derang mendapat Haji Mabrur.

di penghujung 2008, aku 'mengalami' sedikit kekecewaan dek kerana result aku tk begitu memberangsangkan pd sem pertama. aku berharap melalui pengalaman ini, aku dpt jadikan sempadan & lebihkan usahakan di sem2 mendatang.

1430/2009 aku menjanjikan perubahan dalam idop aku, dr yg buruk kpd yg baik, dr yg baik kpd yg lbh baik.

Selamat Tahun Baru 1430 Hijrah & 2009 Masihi!! Segalanya kini bermula....

No comments: